Sunday, March 21, 2010

tweet la!

adoyay~~~

ini cerita pasal twitter baru aku. (https://twitter.com/farisizwan). punya la tak faham satu hapak pun 1st time creat natang alah neh. dah tu pulak, tak sampai 5min create, ada je pulak jadi followers aku! pelik! aku neh ex band Hujan ke? ker Wali band? hahahaha~ ape2 pun. korang jangan la ckp aku perasan ke ape ke. yang penting, mmg aku ngok ngek skit pasal twitter2 neh. asyik dok tengok org lain ada twitter, pastu terhegeh hegeh gak nak buat twitter. podahhhhhhhhh lah encik iwan. ape2 pun, nak tahu pasal perkembangan diri den, rajin2 la usha fb or twitter gua ok? chowwwwwwww~



https://twitter.com/farisizwan
https://www.facebook.com/farisizwan

Wednesday, December 23, 2009

Ohhh bulan..

Hahaha.

Ohhh bulan..
sedap jugak lagu Yuna cucu si pak bedok ni. bila difikirkan semula. kelakar pun ada.
raya aidilfitri baru baru ni. biasalah, ramai saudara mara jumpa, sembang itu, sembang ini.
mcm mcm cerita la keluar. pasal kerja, awek, kawan2, business, bla bla bla.
Tibe2 sembang pasal artis2 malaysia kita ni. nak dijadikan cerita, rupa2nya si Yuna ni rumah atok nye belakang rumah atok aku ni aje ha! astaga.. mcm tak percaya! tapi kena percaya jugak kot!
kalau korang tak percaya, meh la kampung sungai terap, batu gajah perak. hahaha. Tapi yg paling hairannyer, takde la pulak aku pernah jumpa si Yuna ni.. ntah betul ntah idak kezen aku tu. hehe.


Tapi gua respect la kat beliau ni.
Suara sedap, berbakat, nak cakap cute, cute la jugak kot. (cute lagi awek aku) hahahaha.

P/S ; jgn main mercun time raya. putus kaki, putus tangan, mak bapak yg susah!

Tengah malam yang berpanjangan.

Haizz...
Nak dikatakan tengah malam, mungkin tak. sbb jam pun dah menunjukkan 03.36 am.
Sedar tak sedar, esok dah nak kerja. borak punya borak (with my gf), teringat zaman sekolah dulu.
Ada ke patut dia ckp "ehh, i minat kat u dulu tau! tapi u je yg mcm jual mahal" ehhhh, mcm tu pun ada? apa la gf saya ni. nak marah, gf.. tapi itulah. cinta tak kenal nama, usia, dan juga jarak.
Nak disedapkan lagi cerita, dan memanjangkan lagi jalan cerita ni. Dulu, masa aku muda2 (15-17tahun,takde la muda sgt kot time tu) hahaha, mmg suka chatting2 nih. sampai bapak aku datang Cybercafe cari aku. perghhh, mmg malu beb. kwn2 duk gelak2 kat aku. hahaha. korang jgn gelak eh. aku degil + nakal gak la dulu. sanggup curi2 keluar rumah time family aku tido, semata mata nak pegi Cybercafe . lepak2 dgn kawan2, borak2, smoking but no drugs! Tapi time tu remaja lagi kot. Skrg ni dah berfikiran matang + positif. Kena fikir masa depan + kerjaya sendiri. Alhamdulillah, setakat SPM pun aku boleh berjaya mcm org lain.

Hari akan menjadi gelap.

Bukan hanya dengan jatuh cinta je, kau leh faham 'kusangka panas hingga ke petang, tapi hujan ditengahari'.

Kita merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan-Nya.


Anyangcheon, Padang Futsal.


Kalau hendak minum air teh panas, jangan bertangguh masa dengan membuka majalah universiti. Ambil uncang teh, letak gula separuh sudu, kacau. Tunggu 3 minit. Hirup. Jangan lakukan apa-apa. Duduk dan minum. Lebih nikmat.

Begitu juga apabila makan. Jangan makan sambil menonton sesuatu. Duduk, makan, dan makan. Tanpa sepatah kata, kalau boleh. Baru kau tahu betapa pedasnya ikan tuna makcik ala-ala Lee Hyori kat kedai Syurga Kimbab.

Aku rasa aku dah sampai batas aku sendiri...

Aku tak mampu hendak berjaga sampai lewat malam, menelaah apa yang mahu. Banyak kali, aku menghadapi simptom cepat letih dan akhirnya aku tertidur tanpa sedar. Tidur dengan stoking masih di kaki. Tidur dengan baju panas tebal yang telah dipakai di siang hari.





Aku terpaksa mengaku aku berumur 23.

Aish.

PS: Masih menyimpan impian hendak bungee-jump.

Blog semakin popular.

Sekarang dah ramai mempunyai blog.

Oleh itu, orang yang membenci blogger-blogger ini (bloggers) juga semakin membiak!

Aku pernah menyesal ada blog. Sebab blog, aku di cop gay.
Sebab blog juga, aku di gelar orang mempunyai desperasi untuk mempunyai kekasih.
Sebab blog juga, aku dikatakan orang begitu kool. Padahal tidak pun.




Mamat ini popular walaupun tanpa menunjuk muka di mana-mana majlis.







Blog ini bukan blog yang popular. Cuma pernah popular beberapa masa yang lalu. Pernah mencatat kunjungan sebanyak 1000. Itupun di kala aku menulis tentang entri lucah yang menghiburkan. Aku juga kerap duduk depan komputer, jelajah blog orang lain dan tinggalkan komen, seperti salam ziarah. Bajet nak jemput baca lah gayanya.

Aku agak obses dengan nak mempopularkan blog ini. Di mana-mana ruang boleh promosikan blog ini, aku letak je link aku. Di YM, juga tidak ketinggalan.



Sekarang, aku malas nak buat begitu. Rasa macam begitu capap sekali, padahal isi dalamnya bukannya seronok untuk di baca. Boleh menimbulkan perasaan benci pun ada. Kalau ikut statistik Nuffnang, orang baca blog aku melalui Facebook. Aku dah terbuat 'automatic publish', dan aku tak tahu macam mana nak matikan benda itu. Tapi, baru tadi aku dah tahu. Yes!

Sekarang dah tak ramai baca blog aku. Tapi aku tak kisah, asalkan duit iklan aku masuk. Sebab aku letak iklan-iklan. Setiap iklan tak lah banyak mana komisen aku dapat. Kalau kumpul lagi 5 tahun, mungkin cukup untuk membeli stereng kereta BMW M3. Mungkin.

Aku kadang-kadang di pelawa masuk blog orang. Peminatnya, berjumlah lebih 100, 1000. Menjadi hit setiap kali ada entri baru. Tanniah. Aku cuba baca, dan baca. Akhirnya, aku tak mahu baca blog itu lagi. Baik aku baca suratkhabar lama yang aku cilok dari bilik pak guard.

Jadi, blog ini tak akan popular. Percayalah. Terima kasih kepada pengkomen tetap dan pembaca tetap yang sedia ada. Kerana kamu semua, aku dapat duit. Sekarang cukup nak beli set Big Mac.




Aku ingin menekan punat yang akan memberi impikasi tiada lagi 'automatic publish' di Facebook. Adakah aku patut tekan? Sebab benda itu, aku dapat duit dari Nuffnang.